Wednesday, September 2, 2009

ARTIKEL JURNAL MYAIS

Untuk tambahan ilmu, jom download artikel jurnal lak..Jadikan hard disk as your own library..just free, tak payah nak bayar mahal-mahal...artikel islamic, science, sastera, artitek dan sebagainya..moga Allah mempermudahkannya..AMIN..

1. Buka laman http://myais.fsktm.um.edu.my/

2. Kemudian akan wujud paparan seperti dibawah.

3. Untuk search, kita boleh gunakan pautan tersebut, samada menggunakan pencarian 'keyword' atau melalui browse. Untuk dibawah browse, terdapat pelbagai jenis, antaranya mengikut nama pengarang, nama jurnal, judul artikel, kategori dan banyak lagi. 

 4. Sebagai contoh: dibawah pautan subject. setiap jurnal mempunyai subjek yang tersendiri. pilih lar mengikut kesesuaian. Untuk lebih mudah, search melalui keyword
 
5. Contoh lain, saya buka pautan untuk jurnal. Kita boleh pilih jurnal mana yang kita mahu. Saya 'klik' jurnal AFKAR. 
 
6. Maka keluar artikel yang terdapat didalam jurnal AFKAR. Kemudian, Klik tajuk/title artikel untuk download.
7. Dapat tak, alhamdulillah dapat juga..Untuk download just klik pada ikon PDF.

8. Kemudian, akan keluar artikel yang kita mahu...untuk terus mendownload, sila klik button DISKET untuk safe dalam komputer. Dapat tak?..semudah itu sahaja..
Alhamdulillah, kalau ada kemusykilan, boleh email. 
khairunnajmisaripudin@gmail.com

Sunday, August 30, 2009

MUKADDIMAH

Islam agama yang syumul dan menitikberatkan ilmu dalam kehidupan. Allah menggesa agar menuntut, menyebar dan memuliakan ilmu. Hal ini dijelaskan dalam wahyu yang pertama diturunkan surah Al-‘Alaq (ayat 1-5). Oleh itu agama Islam ini dapatlah dikatakan sebagai tertegak atas dasar ilmu atau pengetahuan. Ilmu yang baik akan menjurus kepada kebaikan dan kemaslahatan, manakala ilmu yang bertentangan dengan syarak akan membawa kepada kegelapan.
Untuk pengetahuan semua, dalam internet terdapat pelbagai buku, kitab, majalah, jurnal, kertas persidangan dan sebagainya. Ini semua boleh didapati dengan mudah hanya dihujung jari. Untuk request kitab, boleh tingalkan pesanan disini. Semua buku berbentuk pdf dan word. Suka diingatkan, tidak semua buku yang kita inginkan ada di internet. Kadang-kadang kene pergi Library jugak. Moga Allah beri pertunjuk..amin :)

Bersama berkongsi Ilmu Allah..

Antara laman yang dilimpahi khazanah ilmu:
  1. http://waqfeya.net
  2. http://saaid.net
  3. http://sultan.org
  4. http://www.islamicbook.ws
  5. http://www.kitabklasik.co.cc
  6. http://www.almaknaz.com
  7. http://al-mostafa.com
  8. http://www.4shared.com
  9. http://www.archive.org