Friday, January 28, 2011

Susah mencari bahan rujukan??

Assalamualaikum..


Literature review merupakan satu elemen yang penting dalam sesebuah penulisan. Ramai pelajar-pelajar yang kurang meneliti kepentingan LR ini. Sebelum memulakan sesuatu kajian, pengkaji perlu menyoroti kajian-kajian lepas yang telah membincangkan isu yang hendak diutarakan. Ini termasuklah rujukan kepada kitab-kitab turath, buku-buku, jurnal dan sebagainya.


Hari ini kita akan mempelajari bagaimana untuk mencari data melalui internet.


Journal


1. oxford journal
2. Springlink
3. Scopus
4. ScieneDirect
5. JStor
6. Emerald
7. ebrary
8. ProQuest
9. CLJ Law-malaysian law cases
10. ISI Web of Knowledge
11. MyAis - Jurnal-jurnal dalam Malaysia - Untuk melihat cara-cara menggunakannya, click here

dan banyak lagi..untuk keterangan lanjut sila layari Interaktif Portal Library UM (kepada student UM, sila masukkan bar kod library, bagi selain UM sila guna kod X99900999) -kepada student UM, sila manfaatkan portal ini untuk mencari journal dan data..kerana 
UM spend banyak duit untuk melanggan online database ini..

link untuk keterangan lanjut bagi Scopus dan ISI, click here 




Library Search Data (dalam negara)


1. Library UM
2. Interaktif Portal Library UM
3. Library UKM
4. eprints USM
5. Library USM
6. Library UPM
7. Library UTM
8. Library UIAM
9. Library UITM
10. Library USIM




Library Search Data (Luar negara)


1. Library Leiden University
2. The World's Largest Library Catalog (menghimpunkan pelbagai universiti dunia)
3. University of Cambridge Library
4. Oxford library
5. Dan banyak lagi..hanya taip library universiti mana yang kita nak..




Pencarian melalui google


Salah satu cara lagi untuk mendapat maklumat yang cepat hanya dengan melayari google..tetapi perlu memastikan samada sumber yang diperolehi itu sumber yang primier atau sekunder.
untuk pencarian dalam google, boleh rujuk kepada beberapa link iaitu:


1. Google Books 
2. Google Scholar
3. Google Advanced Search

Untuk mencari kitab-kitab arab dalam bentuk pdf, link untuk download, click here

Moga ia dapat membantu :D Kalau kawan-kawan ada link lain, boleh share disini..Syukran semua..

Wednesday, September 2, 2009

ARTIKEL JURNAL MYAIS

Untuk tambahan ilmu, jom download artikel jurnal lak..Jadikan hard disk as your own library..just free, tak payah nak bayar mahal-mahal...artikel islamic, science, sastera, artitek dan sebagainya..moga Allah mempermudahkannya..AMIN..

1. Buka laman http://myais.fsktm.um.edu.my/

2. Kemudian akan wujud paparan seperti dibawah.

3. Untuk search, kita boleh gunakan pautan tersebut, samada menggunakan pencarian 'keyword' atau melalui browse. Untuk dibawah browse, terdapat pelbagai jenis, antaranya mengikut nama pengarang, nama jurnal, judul artikel, kategori dan banyak lagi. 

 4. Sebagai contoh: dibawah pautan subject. setiap jurnal mempunyai subjek yang tersendiri. pilih lar mengikut kesesuaian. Untuk lebih mudah, search melalui keyword
 
5. Contoh lain, saya buka pautan untuk jurnal. Kita boleh pilih jurnal mana yang kita mahu. Saya 'klik' jurnal AFKAR. 
 
6. Maka keluar artikel yang terdapat didalam jurnal AFKAR. Kemudian, Klik tajuk/title artikel untuk download.
7. Dapat tak, alhamdulillah dapat juga..Untuk download just klik pada ikon PDF.

8. Kemudian, akan keluar artikel yang kita mahu...untuk terus mendownload, sila klik button DISKET untuk safe dalam komputer. Dapat tak?..semudah itu sahaja..
Alhamdulillah, kalau ada kemusykilan, boleh email. 
khairunnajmisaripudin@gmail.com

Sunday, August 30, 2009

MUKADDIMAH

Islam agama yang syumul dan menitikberatkan ilmu dalam kehidupan. Allah menggesa agar menuntut, menyebar dan memuliakan ilmu. Hal ini dijelaskan dalam wahyu yang pertama diturunkan surah Al-‘Alaq (ayat 1-5). Oleh itu agama Islam ini dapatlah dikatakan sebagai tertegak atas dasar ilmu atau pengetahuan. Ilmu yang baik akan menjurus kepada kebaikan dan kemaslahatan, manakala ilmu yang bertentangan dengan syarak akan membawa kepada kegelapan.
Untuk pengetahuan semua, dalam internet terdapat pelbagai buku, kitab, majalah, jurnal, kertas persidangan dan sebagainya. Ini semua boleh didapati dengan mudah hanya dihujung jari. Untuk request kitab, boleh tingalkan pesanan disini. Semua buku berbentuk pdf dan word. Suka diingatkan, tidak semua buku yang kita inginkan ada di internet. Kadang-kadang kene pergi Library jugak. Moga Allah beri pertunjuk..amin :)

Bersama berkongsi Ilmu Allah..

Antara laman yang dilimpahi khazanah ilmu:
  1. http://waqfeya.net
  2. http://saaid.net
  3. http://sultan.org
  4. http://www.islamicbook.ws
  5. http://www.kitabklasik.co.cc
  6. http://www.almaknaz.com
  7. http://al-mostafa.com
  8. http://www.4shared.com
  9. http://www.archive.org